Friday, March 26, 2010

Pelancaran Kad Kredit Bank Rakyat

ARKIB : 29/08/2008
Bank Rakyat lancar kad kredit Islam

Oleh HAMDEN RAMLI

PUTRAJAYA 28 Ogos - Bank Kerjasama Rakyat Malaysia Bhd. (Bank Rakyat) melancarkan kad kredit pertamanya hari ini, dengan sasaran menarik seramai 30,000 pengguna kad itu sehingga akhir tahun ini

Pengarah Urusan Bank Rakyat, Datuk Kamaruzaman Che Mat berkata, kad kredit berlandaskan prinsip syariah dan konsep tawaruk, yang dikeluarkan dengan kerjasama MasterCard Worldwide itu didatangkan dalam dua jenis iaitu emas dan klasik.

''Kami juga menyasarkan jumlah pengguna kad ini akan dapat ditingkatkan sehingga 100,000 pelanggan selepas tahun pertama ia beroperasi," katanya pada sidang akhbar selepas pelancaran kad kredit tersebut di sini, hari ini.

Majlis pelancaran telah disempurnakan oleh Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi, Datuk Noh Omar.

Turut hadir Timbalan Ketua Setiausaha Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi, Alwi Ibrahim; Pengerusi Bank Rakyat, Tan Sri Dr. Syed Jalaludin Syed Salim dan Naib Presiden MasterCard Worldwide bagi Malaysia dan Brunei, Jim Cheah.

Kamaruzaman berkata, kad kredit Bank Rakyat MasterCard menawarkan keistimewaan seperti pengecualian cukai tahunan, tiada caj keuntungan berganda dan perlindungan takaful keluarga dan khairat kematian percuma.

Beliau menambah, keistimewaan lain ialah pengumpulan mata bagi mengerjakan umrah, pemberian rebet keuntungan dan kemudahan dalam urusan pembayaran zakat.

Sebagai kad kredit berlandaskan syariah, sekatan transaksi akan dilakukan di kaunter pedagang-pedagang yang menawarkan barangan dan perkhidmatan tidak halal atau bertentang dengan Islam," katanya.

Menurutnya lagi, Bank Rakyat yakin untuk mencapai sasaran jumlah pengguna kad kredit itu kerana berdasarkan laporan Bank Negara Malaysia berakhir Jun 2008 menyatakan jumlah terkini pengguna kad kredit adalah 9.2 juta orang dengan transaksi meningkat sebanyak satu peratus setiap bulan.

''Sasaran pengguna kad kredit ini terdiri daripada pelanggan sedia ada Bank Rakyat dan mereka yang berminat untuk menggunakan kad kredir berlandaskan syariah," tambahnya.

Dapatkan Kad Kredit Bank Rakyat dan Kad Kredit Bank Islam sekarang.
Untuk pendaftaran sila klik Borang Permohonan Kad Kredit.

No comments:

Post a Comment